Sunday, April 26, 2009

Open Salun Sempena Hari Lestari

Hari Lestari bersempena hari bumi telah dijalankan pada 22 April 2009 (Rabu) yang mana tidak ada P&P pada hari itu. Justeru, Kelab Penjagaan Muka dan Dandanan Rambut (PMDR) telah mengambil kesempatan untuk menjalankan perniagaan 'Open Salun' pada hari tersebut. Pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan (mengikut modul yang telah dilaksanakan oleh pelajar tingkatan 5) antaranya ialah solekan muka (siang & majlis), rawatan muka, mensyampu, mengikal sementara, mengetak sementara, pelurusan sementara, guntingan wanita, rawatan rambut dan penggayaan rambut yang lain dengan harga yang berpatutan (boleh runding).

Seramai 23 pelajar PMDR (tingkatan 4 & 5) serta 3orang bekas pelajar PMDR bertugas pada hari tersebut. Tugas dibahagikan mengikut kecenderungan pelajar dan permintaan yang tinggi terhadap sesuatu perkhidmatan merujuk kepada perniagaan yang lepas.


Jurusolek/Pendandan sedang mempersiapkan diri agar kelihatan lebih menawan dan untuk menjadi daya penarik kepada pelanggan yang berkunjung ke salun Mahligai Seri


Pengurus Salun Mahligai Seri bersama dengan sebahagian Senior Jurusolek/Pendandan berpakaian uniform purple (pelajar PMDR tingkatan 5)


Juruwang sibuk melayan pelanggan bagi mengisi kad rawatan(pendaftaran) sebelum mendapatkan perkhidmatan


salah seorang peserta akhir pertandingan Fesyen Show Pakaian Kitar Semula turut mendapatkan perkhidmatan di Salun Mahligai Seri...'kasih cantik muka saya ah.....'
Melissa (5F) sedang menanggalkan mekap pelanggan sebelum rawatan selanjutnya, diperhatikan oleh Junior PMDR


Staff Hospital Queen turut mendapatkan rawatan muka setelah aktiviti menderma darah selesai
'mesti lawa la rambut u ni lepas ni lepas diketak kan...'maydelene mengambil hati pelanggan...
Antara perkhidmatan yang mendapat sambutan hebat;
i. Mensyampu Rambut



ii. Mengikal Sementara (Pelajar)





iii. Pelurusan Sementara




iv. Rawatan Rambut (Guru)



Turut hadir menyumbangkan tenaga... Vanessa Tay, Shirler Yap & Faelis Es Chung (bekas pelajar PMDP). Terima kasih..


'sampai pukul berapa open salun ni?? macam berminat juga la'.....Pn Chong Pik Yen
Waja-wajah gembira pelanggan kami......terima kasih dan datang lagi yer.....


Friday, April 24, 2009

Pertandingan Mereka Fesyen 'Funky Hair & Make Up' Antara Kumpulan




Pertandingan Mereka Fesyen 'Funky Hair & Make Up' ini merupakan salah satu aktiviti di bawah kelab Penjagaan Muka & Dandanan Rambut (PMDR). Aktiviti ini dijalankan pada 15 April 2009 (Rabu) bertempat di Dewan Harmoni, SMKDPM. Objektif pertandingan ini adalah untuk meningkatkan kreativiti dan kerjasama di kalangan ahli kelab yang juga merupakan pelajar MPV, Penjagaan Muka dan Dandanan Rambut (tingkatan 4 & 5). Pertandingan ini dimenangi oleh Kumpulan 1 (Martha, Rina Jane, Cypreanne & Estherlina).

Setiap kumpulan dikehendaki memilih salah seorang ahli untuk dijadikan model.
Kumpulan 1 : Foundation

Kumpulan 2 : Concealer

Kumpulan 3 : Loose Powder

Kumpulan 4 : Eye Shadow

Kumpulan 5 : Mascara

Kumpulan 6 : Blusher

Kumpulan 7 : Lipstick

Kumpulan 8: Lip Gloss


Gambar setiap kumpulan dengan model masing-masing yang telah disolek dan didandan;