Wednesday, April 15, 2009

Demonstrasi Guntingan Rambut

Panitia PMDR telah memanggil bekas pelajar PMDR iaitu Yap Yung Shii dan Vanessa Tay yang kini sedang mengikuti SLDN (sistem latihan dual nasional) di NUVIS Sabah untuk memberikan demonstrasi guntingan rambut kepada pelajar tingkatan 5 bertempat di Salun Mahligai Seri, DPM. Ini adalah bertujuan untuk meningkatkan motivasi pelajar tingkat 5 dalam pembelajaran dengan melihat kemahiran dan keyakinan senior mereka menunjukkan kepakaran dalam menggunting rambut.



Yap Yung Shii (baju hijau) dan Vanessa Tay (Baju Pink) sedang menunjukkan kemahiran menggunting rambut, diperhatikan oleh pelajar tingkatan 5


Yap memberikan tumpuan sepenuhnya semasa bekerja untuk dicontohi oleh pelajar tingkatan 5



'inilah hasilnya rakan-rakan....' kata Yap Yung Shii


Panitia PMDR dan pelajar tingkatan 5Fasih mengucapkan terima kasih kepada Yap Yung Shii dan Vanessa Tay kerana sudi meluangkan masa untuk menjayakan demonstrasi tersebut dan semoga berjaya dibidang yang diceburi.




Keputusan M/Pelajaran PMDR, SPM 2008

Tahun 2008 merupakan tahun pertama pelajar Penjagaan Muka dan Dandanan Rambut (PMDR) menduduki SPM. Seramai 23 calon yang mendaftar, namun hanya 22 orang pelajar hadir menduduki peperiksaan tersebut. Alhamdulillah, semua pelajar lulus walaupun sasaran pelajar cemerlang A tidak tercapai dan GPMP adalah 3.74.

berikut adalah senarai nama pelajar mengikut keputusan yang diperolehi;

A1

1. Dozie Alice Soimun

A2
1. Faelis Es Chung
2. Yap Yung Shii
3. Meli Ransimin
4. Brenda Fiona

B3
1. Rachel Johnny
2. Sylvia Johnius
3. Jenniffer George
4. Liduina Sitian
5. Lutterin Gabin

B4
1. Les Avilla Livius
2. Ivy Chang
3. Magdelena Joseph
4. Patricia Lucius
5. Tayrra Sobinus
6. Venilla Hampry

C5
1. Mary Angelica
2. Doreen Cheong
3. Marcella Golugo
4. Rechael Tatiu
5. Vanessa Tay

C6
1. Terry

D7

1. Chan Yuk Yieng



Saat-saat yang mendebarkan pelajar.....
"adui, ndak sabar sudah kami cikgu....."



"Yes!!! lega......Target kami tercapai cikgu....

Barisan perintis PMDR di SMKDPM.....

Jumpa d KFC/Pizza Hut kepada yang berkenaan...

Sunday, April 12, 2009

Bengkel Teknik Menjawab Soalan MPV, PMDR 2009

Bengkel Teknik Menjawab Soalan Fasa I bagi subjek MPV, Penjagaan Muka dan Dandanan Rambut telah berlangsung pada 13 Mac 2009 (Jumaat) di Salun Mahligai Seri, DPM. Bengkel ini disampaikan oleh Ketua Panitia MPV, PMDR juga merupakan guru Mata Pelajaran tersebut iaitu Cik Sabaria Andi Ahmat.


Pelajar bersedia untuk mendengar bengkel yang akan bermula
sebentar lagi...

Cik Sabaria sedang memberikan pengenalan tentang bengkel
kepada pelajar tingkatan 5


Pelajar memberikan tumpuan terhadap bengkel yang diberikan

Pelajar sedang membuat catatan agar teknik-teknik yang diberikan dapat diaplikasikan dengan berkesan


Semoga dengan adanya bengkel Teknik Menjawab Soalan Fasa I ini, dapat membantu pelajar menjawab soalan peperiksaan dengan mudah dan seterusnya keputusan peperiksaan penggal I yang bakal menjelang tidak lama lagi akan meningkat.

Wednesday, April 8, 2009

Perasmian Salun Mahligai Seri, DPM

Salun Mahligai Seri, DPM telah dirasmikan pada 11 September 2008 (Khamis) oleh Pengarah Pelajaran Sabah, Puan Normah Binti Gagoh (kini Datuk Normah Binti Gagoh). Beberapa aktiviti telah dijalankan seperti persembahan tarian, hair & make up show dan demonstrasi bagi memeriahkan lagi majlis perasmian tersebut. Antara tetamu jemputan adalah Pengarah Pelajaran Sabah, Pegawai SPA, Ketua Sektor, Pegawai PPG, Pegawai PPD, Pengetua-pengetua Daerah Penampang, Jurutera JKR dan PIBG,SMKDPM.



Ucapan perasmian oleh Pengarah Pelajaran Sabah, Datuk Normah Binti Gagoh

Persembahan multimedia tentang MataPelajaran Vokasional, Penjagaan Muka & Dandanan Rambut
serta salun Mahligai Seri, DPM (dahulu dan kini)


Antara tetamu jemputan yang hadir


Persembahan tarian oleh gabungan pelajar MPV, PMDR dan pelajar asrama
(solekan dan dandanan oleh pelajar MPV, PMDR tingkatan 5)



Persembahan Hair & Make up Show daripada pelajar SMKDPM
(solekan & dandanan oleh pelajar MPV,PMDR tingkatan 5)

Pengarah Pelajaran Sabah dan tetamu jemputan diiring oleh Puan Pengetua untuk melihat demonstrasi yang dilakukan oleh pelajar MPV,PMDR tingkatan 5


Tetamu menerima indoor gift

Terima kasih kerana sudi hadir.....