Saturday, May 23, 2009

Bengkel Kecantikan PEWANIS

Bengkel Kecantikan PEWANIS di bawah Kelolaan MPV, Penjagaan Muka dan Dandanan Rambut telah berlangsung pada 01 Mei 2009 (Jumaat) dan dihadiri seramai 15 peserta yang terdiri daripada ahli PEWANIS dan juga bukan ahli.

Aturcara program tersebut adalah seperti berikut;

9.00am : Pendaftaran peserta
9.15am : Ucapan selamat datang daripada Guru MPV, PMDR
9.20am : Persembahan multimedia oleh Leonni Johnny, Senior Jurusolek
Salun Mahligai Seri DPM
9.35am : Demonstrasi Asas Pembersihan Muka dan Solekan Muka Waktu Siang oleh
Martha Kail & Anne Sipanis (Pembantu), Senior Jurusolek Salun Mahligai Seri DPM
10.30am : Minum pagi
10.45am : Praktikal solekan muka bagi peserta bengkel
12.00thr : Bersurai

Di samping mengendalikan bengkel, perkhidmatan solekan, fasial, mensyampu, rawatan rambut dan penggayaan rambut turut diberikan pada hari tersebut bagi menambahkan lagi pendapatan Kelab PMDR. Peserta bengkel tidak melepaskan peluang mendapatkan perkhidmatan tersebut dan beberapa peserta PBSM Idol peringkat Daerah Penampang (Final) turut ke Salun Mahligai Seri mendapatkan perkhidmatan solekan dan penggayaan rambut.



Gambar : Pendaftaran Peserta



Cik.Sabaria(kiri) mengucapkan selamat datang kepada peserta & persembahan multimedia oleh Leonni Johnny (kanan)



Martha Kail dibantu oleh Anne Sipanis menunjukkan demonstrasi membersih & menyolek muka



Peserta (kiri) sedang melihat brosur perkhidmatan di salun Mahligai Seri...'lepas ni mau buat fasial la' kata puan Azzah


Antara peserta yang hadir...Cik Rakimah & Ustz Aileen pun hadir jugak....besttt....



Kiri : Pengerusi & Timb.Pengerusi PEWANIS
Kanan : Barisan Senior Jurusolek & pembantu yang bertugas menjayakan bengkel



Gambar : Peserta melakukan praktikal solekan dengan bantuan senior jurusolek Salun Mahligai Seri DPM




Beberapa gambar yang sempat diambil semasa Jurusolek memberikan servis selepas bengkel

No comments:

Post a Comment