Sunday, September 25, 2011

Latihan Pengiraan Kos

Anggaran kos perkhidmatan menggayakan rambut bagi seorang pelanggan adalah seperti berikut;

Jadual 1

Berdasarkan jadual 1 di atas, hitungkan;



a) kos bahan bagi 3 orang pelanggan


b) kos upah bagi 5 orang pelanggan


c) untung bersih yang diterima sekiranya bayaran rawatan adalah RM78.00.


*tunjukkan jalan pengiraan dan formula



Tuesday, September 20, 2011

Pentaksiran Kompetensi PBS 2011

Jadual Pentaksiran telah selesai dilaksanakan pada awal Ogos 2011 dan markah telahpun dimasukkan pada 12 September 2011 (Isnin) melalui sistem online http://www.lpm.gov.my.

Secara keseluruhannya, markah PBS pelajara mengikut modul yang ditaksir adalah seperti berikut;

1. Cornelia Sisca Bernard Fung - 83.33% (10/12 modul)
2. Dewi Atikah Vianney Ramli - 100% (12/12 modul)
3. Irene Bernard - 100% (12/12 modul)
4. Juliah Muari - 100% (12/12 modul)
5. Lok Hsin Hsin - 91.67% (11/12 modul)
6. Marcella Lojiun - 83.33 (10/12 modul)
7. Marylin Mojuntin - 100% (12/12 modul)
8. Maslinda Funf Siaw Ling - 100% (12/12 modul)
9. Michelle Michael George - 91.67% (11/12 modul)
10. Samantha Ann Wong - 100% (12/12 modul)
11. Sharon Ivy Dony - 66.67% (8/12 modul)
12. Suzy Perimi - 100% (12/12 modul)
13. Theodora Mualip - 100% (12/12 modul)
14. Tiara Chinna Wong - 75.00% (9/12 modul)
15. Wendy Esther Jium - 100% (12/12 modul)

Keputusan SPM 2010

Tahniah kepada pelajar yang telah mendapat keputusan cemerlang (A+) iaitu Jessie Su Sheh Soh dan Melanie Julius. Begitu juga pelajar yang lain kerana menunjukkan prestasi yang sangat baik.

Secara keseluruhannya, keputusan SPM 2011 adalah seperti berikut;
2orang A+, 3orang A, 7orang A-, 3orang B+ dan 2orang B = min gred 2.00

Peningkatan sebanyak 1.74 (min.gred) berbanding tahun 2009 iaitu 3.74

Tuesday, June 2, 2009

RANCANGAN PERNIAGAAN


MUKA DEPAN:




NAMA SEKOLAH



Rancangan Perniagaan



Tajuk Projek




Disediakan Oleh :

Tingkatan :

No.Kad Pengenalan :

Tujuan Disediakan :

Guru Penilai :

Tarikh Serahan :




T/T Pelajar, T/T Guru Pentaksir,



________________ ________________
( ) (SABARIA ANDI AHMAT)





ISI KANDUNGAN:

1. Biodata Pelajar
2. Pendahuluan

3. Penghargaan

4. Pengenalan

5. Latar Belakang Perniagaan

6. Carta Organisasi

7. Peluang Kerjaya Dalam Bidang Kosmetologi

8. Aspek Pemasaran

9. Aspek Pengeluaran / Operasi

10. Aspek Kewangan

11. Rumusan
12.Lampiran



HURAIAN:-

1. Biodata Pelajar - Gambar, Nama, No. Kad Pengenalan, Angka Giliran, Alamat, No. Telefon, Cita-cita, Sasaran yang ingin dicapai dalam bidang kosmetologi

2. Pendahuluan - terangkan dengan ringkas tentang m/pelajaran MPV, Penjagaan Muka dan Dandanan Rambut dan matlamatnya, bidang yang yang terkandung dalam sukatan pelajaran serta modul keusahawanan.
3. Penghargaan
4. Pengenalan -
4.1 Pengenalan Rancangan Perniagaan
4.2 Tujuan menyediakan Rancangan Perniagaan
4.3 Pihak yang memerluka Rancangan Perniagaan
5. Latar Belakang Perniagaan
5.1 Nama dan alamat perniagaan
5.2 Bentuk perniagaan dan projek yang diusahakan
5.3 Tarikh pendaftaran dan nombor pendaftaran
5.4 Tarikh memulakan perniagaan
5.5 Lokasi perniagaan (terangkan sebab anda memilih lokasi tersebut)
5.6 Objektif perniagaan
6. Carta Organisasi
7. Peluang Kerjaya Dalam Bidang Kosmetologi
7.1 Peluang Kerjaya Dalam Bidang Kosmetologi - buat dalam peta minda
7.2 Bidang yang dipilih
8. Aspek Pemasaran -
8.1 Sasaran pelanggan
8.2 Anggaran bilangan pelanggan
8.3 Cara promosi
8.4 Saluran agihan
8.5 Strategi penentuan harga
8.6 anggaran belanja pemasaran

9. Aspek Pengeluaran / Operasi -
9.1 Carta proses penghasilan barang / perkhidmatan
9.2 Anggaran kuantiti keluaran
9.3 Anggaran kos pengeluaran (kos bahan, kos upah, kos overhead/sampingan)

10. Aspek Kewangan -
10.1 Kos pelaksanaan projek
10.2 Sumber pembiayaan projek
10.3 Belanjawan tunai
10.4 Anggaran untung rugi

11. Rumusan - pelajar hendaklah membuat rumusan terhadap prospek produk/perkhidmatan yang diusahakan dan memberi cadangan tentang halatuju/aktiviti masa depan perniagaan

12.Lampiran - contoh borang kad rawatan dan pengiraan kos yang telah dilengkapkan, borang pendaftaran perniagaan, borang maklumat perniagaan, pelan lokasi perniagaan, pelan susun atur ruang operasi, gambar-gambar yang berkaitan dengan produk/perkhidmatan yang diusahakan.
Nota untuk pelajar:
Sekiranya ada kemusykilan @ masalah sila utarakan dalam ruangan comments
~selamat melaksanakan tugasan~

Saturday, May 23, 2009

Bengkel Kecantikan PEWANIS

Bengkel Kecantikan PEWANIS di bawah Kelolaan MPV, Penjagaan Muka dan Dandanan Rambut telah berlangsung pada 01 Mei 2009 (Jumaat) dan dihadiri seramai 15 peserta yang terdiri daripada ahli PEWANIS dan juga bukan ahli.

Aturcara program tersebut adalah seperti berikut;

9.00am : Pendaftaran peserta
9.15am : Ucapan selamat datang daripada Guru MPV, PMDR
9.20am : Persembahan multimedia oleh Leonni Johnny, Senior Jurusolek
Salun Mahligai Seri DPM
9.35am : Demonstrasi Asas Pembersihan Muka dan Solekan Muka Waktu Siang oleh
Martha Kail & Anne Sipanis (Pembantu), Senior Jurusolek Salun Mahligai Seri DPM
10.30am : Minum pagi
10.45am : Praktikal solekan muka bagi peserta bengkel
12.00thr : Bersurai

Di samping mengendalikan bengkel, perkhidmatan solekan, fasial, mensyampu, rawatan rambut dan penggayaan rambut turut diberikan pada hari tersebut bagi menambahkan lagi pendapatan Kelab PMDR. Peserta bengkel tidak melepaskan peluang mendapatkan perkhidmatan tersebut dan beberapa peserta PBSM Idol peringkat Daerah Penampang (Final) turut ke Salun Mahligai Seri mendapatkan perkhidmatan solekan dan penggayaan rambut.



Gambar : Pendaftaran Peserta



Cik.Sabaria(kiri) mengucapkan selamat datang kepada peserta & persembahan multimedia oleh Leonni Johnny (kanan)



Martha Kail dibantu oleh Anne Sipanis menunjukkan demonstrasi membersih & menyolek muka



Peserta (kiri) sedang melihat brosur perkhidmatan di salun Mahligai Seri...'lepas ni mau buat fasial la' kata puan Azzah


Antara peserta yang hadir...Cik Rakimah & Ustz Aileen pun hadir jugak....besttt....



Kiri : Pengerusi & Timb.Pengerusi PEWANIS
Kanan : Barisan Senior Jurusolek & pembantu yang bertugas menjayakan bengkel



Gambar : Peserta melakukan praktikal solekan dengan bantuan senior jurusolek Salun Mahligai Seri DPM




Beberapa gambar yang sempat diambil semasa Jurusolek memberikan servis selepas bengkel

Beauty Workshop & Skin Care With Body Shop

Beauty Workshop & Skin Care bersama The Body Shop dianjurkan oleh Kelab PMDR & Panitia MPV, Penjagaan Muka & Dandanan Rambut pada 28 April yang lepas. Tujuan program tersebut adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar terhadap teknik-teknik/kaedah menyolek dan penjagaan kulit yang digunakan oleh industri yang sebenar (The Body Shop) selain daripada yang terdapat dalam modul pembelajaran di sekolah.

Seramai 22 pelajar tingkatan 5F (jumlah pelajar 22 orang) dan 3 pelajar tingkatan 4F telah menghadiri program ini dengan bayaran penyertaan berjumlah RM35.00 seorang. Dengan yuran tersebut pelajar menerima sijil penyertaan, goodie bag (pembersih & penyegar muka Body Shop), voucher pembelian off 20% & 50% serta minum pagi disediakan.

Melalui program ini juga, pelajar dapat meningkatkan keyakinan diri dan memperolehi pengalaman dengan melihat ciri-ciri personaliti jurusolek yang ditunjukkan oleh Pn. Connie (The Body Shop Training Ass. Manager) serta rakan sekerja di samping berkesempatan menggunakan kosmetik jenama The Body Shop secara terus




Gambar di atas : Pn. Connie, The Body Shop Training Assistant Manager memberikan taklimat pengenalan tentang The Body Shop serta demo penjagaan kulit menggunakan produk The Body Shop


Gambar di atas: Pelajar sedang melakukan asas pembersihan muka menggunakan produk TBS dengan teknik/kaedah daripada The Body Shop

Gambar : Pelajar sedang menikmati waktu rehat (15 minit) dengan hidangan minum pagi




Pn. Connie meneruskan sesi dengan menunjuk cara menggunakan kosmetik The Body Shop untuk solekan muka waktu siang


Gambar di atas: Pelajar melakukan langkah menyolek muka, diperhatikan oleh rakan sekerja Pn. Connie

Friday, May 22, 2009

Demonstrasi Sempena Lawatan Daripada British Council & KPM

Sekolah telah menerima kunjungan lawatan daripada British Council & KPM pada bulan April yang lalu. sehubungan itu, Salun Mahligai Seri merupakan salah satu lokasi bilik Khas yang akan menjadi tumpuan bagi pelawat yang berkunjung ke sekolah ini. Justeru, Panitia MPV, Penjagaan Muka & Dandanan Rambut (PMDR) mengambil kesempatan tersebut untuk menunjukkan kemahiran pelajar PMDR tingkatan 5 dengan mengadakan demonstrasi untuk seperti mensyampu rambut, menggayakan rambut dengan pengikal & pengetak elektrik, rawatan muka dan solekan majlis. Melalui demonstrasi tersebut, pelajar dapat meningkatkan kemahiran yang sedia ada dan tahap keyakinan diri.


Pelawat mengisi buku lawatan yang disediakan di Salun Mahligai Seri


Gambar : Imelda & Anne (5F) sedang menunjukkan demo mensyampu rambut

Gambar: Brenda menunjukkan cara menggayakan rambut dengan pengetak elektrik sambil diperhatikan oleh pelawat dari KPM

Gambar: Laura & Martha menunjukkan kemahiran menyolek dengan solekan majlis sambil diperhatikan oleh pelawat dari British Coucil & KPM

Gambar di atas: Melly sedang melakukan rawatan muka, terpaksa juga menjawab soalan walaupun mulut tertutup...

Lennie (5F) bergambar kenangan bersama salah seorang pelawat dari British Council

Gambar di atas : Guru PMDR bersama sebahagian daripada pelajar (5F) yang bertugas dan juga model untuk demonstrasi