Panitia PMDR telah memanggil bekas pelajar PMDR iaitu Yap Yung Shii dan Vanessa Tay yang kini sedang mengikuti SLDN (sistem latihan dual nasional) di NUVIS Sabah untuk memberikan demonstrasi guntingan rambut kepada pelajar tingkatan 5 bertempat di Salun Mahligai Seri, DPM. Ini adalah bertujuan untuk meningkatkan motivasi pelajar tingkat 5 dalam pembelajaran dengan melihat kemahiran dan keyakinan senior mereka menunjukkan kepakaran dalam menggunting rambut.



Yap memberikan tumpuan sepenuhnya semasa bekerja untuk dicontohi oleh pelajar tingkatan 5


Panitia PMDR dan pelajar tingkatan 5Fasih mengucapkan terima kasih kepada Yap Yung Shii dan Vanessa Tay kerana sudi meluangkan masa untuk menjayakan demonstrasi tersebut dan semoga berjaya dibidang yang diceburi.
No comments:
Post a Comment