Friday, May 22, 2009

Demonstrasi Sempena Lawatan Daripada British Council & KPM

Sekolah telah menerima kunjungan lawatan daripada British Council & KPM pada bulan April yang lalu. sehubungan itu, Salun Mahligai Seri merupakan salah satu lokasi bilik Khas yang akan menjadi tumpuan bagi pelawat yang berkunjung ke sekolah ini. Justeru, Panitia MPV, Penjagaan Muka & Dandanan Rambut (PMDR) mengambil kesempatan tersebut untuk menunjukkan kemahiran pelajar PMDR tingkatan 5 dengan mengadakan demonstrasi untuk seperti mensyampu rambut, menggayakan rambut dengan pengikal & pengetak elektrik, rawatan muka dan solekan majlis. Melalui demonstrasi tersebut, pelajar dapat meningkatkan kemahiran yang sedia ada dan tahap keyakinan diri.


Pelawat mengisi buku lawatan yang disediakan di Salun Mahligai Seri


Gambar : Imelda & Anne (5F) sedang menunjukkan demo mensyampu rambut

Gambar: Brenda menunjukkan cara menggayakan rambut dengan pengetak elektrik sambil diperhatikan oleh pelawat dari KPM

Gambar: Laura & Martha menunjukkan kemahiran menyolek dengan solekan majlis sambil diperhatikan oleh pelawat dari British Coucil & KPM

Gambar di atas: Melly sedang melakukan rawatan muka, terpaksa juga menjawab soalan walaupun mulut tertutup...

Lennie (5F) bergambar kenangan bersama salah seorang pelawat dari British Council

Gambar di atas : Guru PMDR bersama sebahagian daripada pelajar (5F) yang bertugas dan juga model untuk demonstrasi









1 comment:

  1. Hairstylist dan tukang gunting lelaki

    Memerlukan pendandan rambut / tukang gunting di sekitar Johor.
    (lelaki dan wanita Cina, India, Melayu dll boleh memohon)

    Masa Kerja:
    -Isnin-Jumaat sahaja.
    -8pagi hingga 6 petang.
    -Sabtu dan Ahad cuti.

    Syarat-syarat:
    -Berkebolehan dan mempunyai pengalaman menggunting rambut lelaki.
    -Mampu menyiapkan kerja menggunting kurang dari 10 minit.

    Kelebihan:
    -Bonus dan Gaji lumayan.
    -Tempat tinggal dan Pengangkutan disediakan.

    Sila SMS Nama dan Negeri ke +6019-707 3399(pencarian Urgent!!! sebelum 17 jan 2011)

    ReplyDelete